Thursday, December 3, 2009

Cerpen Disember- 'Hanif' -(Part 1)

"Ya Allah!, apakah ibunya sudah gila?". Marah hatiku lalu aku keluar mencari anak kecil itu. Jam 12 tengah malam. Ku biarkan kasut-kasut dan timbunan pakaian itu bertaburan di jalan. Aku berlari-lari sambil memanggil,
"Hanif!, Hanif!".

Aku terbayang gambar-gambar dari berita tentang penculikan anak-anak. Ngeri.
"Hanif!, Hanif!".
Launganku semakin kuat. Akhirnya "Fu..!" aku lega setelah melihat kelibat anak yang baru berumur 9 tahun itu jauh di sudut taman sana. Rupanya dia hanya memerhatiku dari jauh tapi tidak berani menonjolkan diri, kerana takut dipukul lagi. Aku memaksanya mengikutku.

Aku membantunya mengumpulkan pakaian-pakaiannya yang bertaburan di jalan itu, masuk ke rumahku. Memang selama ini aku biarkan perkara itu berlaku, kerana takut dituduh mencampuri hal orang lain. Tetapi, hanya kali ini aku tergerak untuk bertindak sedemikian kerana memikirkan hal-hal negatif yang mungkin berlaku pada waktu selewat itu. Aku sudah sedia untuk menjawab pada ibubapanya.

Jam 1 pagi. Aku terlalu mengantuk. Kelihatan Hanif terlena. Dia terlalu penat. Mukanya agak bengkak. Ku lihat bekas titisan darah di tepi keningya.
 "Biar esok sajalah ku bersihkan " bisikku lalu aku masuk semula ke kamarku.
"Kesian, kenapa lah ibu dan ayahnya sering melepaskan amarah kepada anak ini?", aku tertanya-tanya. Dari sudut jendela, aku mengintip. Rumahnya kelihatan gelap gelita.
"Bolehkah dia melelapkan mata tanpa mengetahui dimana anaknya?". Aku kurang percaya.
"Ah! aku perlu rehat. Esok ada meeting", nekadku lalu cuba untuk tidur.

Jam 1:30 pagi. Mataku tidak bisa lelap. Tiba-tiba kedengaran bunyi enjin kereta. Aku bingkas bangun menuju jendela.
 "Ayahnya! Apa harusku buat? Pasti dia akan dipukul lagi kalau ku beritahu". Tapi dari detik hati ibu aku aku teragak
" kesian kalau mereka tercari-cari anaknya semalaman". Aku bingung. Tiba-tiba............. (mungkin bersambung...mungkin tidak) I was just testing my 'Bahasa Melayu '. It was fictitiously written base on my imagination, while I was resting at home with my 'monthly headache'. Any resemblance of people and places are entirely coincidental. Dont bother all the grammatical error. Drop me a comment if you want me to continue the story. Sincerely, Mak Karut

13 comments:

Anonymous said...

kak faida...just continuelah alang2 dah buat cerita tu buatlah sampai habis. JANGAN buat orang suspen...ni yang marah ni. Cerpen tak ada sambung2...kalau novel bolahlah!-2T

Faida said...

T, LOL! that was the main purpose. to create suspence. if I get another 5 votes, I will continue.

Anonymous said...

terkagum sekejap. gud intro lah..mcm tak caya !..:)

~lif 5~

Faida said...

lif 5, is that a vote to continue of not?

Anonymous said...

continue plzzz
go..mak karut go !!

~lif 5~

tano kemalak said...

kalau dalam kelas aku dah fail dah budak ni hehehe. oklah i give u a pass just to continue the story

Zurin said...

continue please k :)))) dont wori my grammar is worse than yours heh

Faida said...

Tano,Thanks for your markah kesian. You are the 3rd voter. Another 3 to go.

Aunty Zurin,thank you for making me feel better. You just made the 4th vote. Another 2 to go.

Anonymous said...

plzzzzz continue, i vote again.2T

Anonymous said...

plzzzzz continue, i vote again.2T

Anonymous said...

just do it 'continue' kak faida...... but please translate-kan kalau mak karut in english apa ya?

Faida said...

2T, LOL! you are funny girl. ok lah, I will continue very soon.btw, Mak Karut in Engling is 'Film Producer'.

Faida said...

T, sorry typo. I meant English.