Thursday, December 17, 2009

Sambungan....'Hanif" (Part3)

Tiada kata-kata yang dapat ku huraikan setelah membaca laporan itu. Dalam perjalanan pulang, emak Hanif mengaku bahawa selama ini beliau sering melepaskan sakit hatinya terhadap suami, kepada anak sulung dari 3 beradik itu, Hanif. Beliau kini sedar dan berjanji tidak akan memukul Hanif lagi. Cukuplah apa yang ayah Hanif telah lakukan terhadap anak yang tidak berdosa itu.

Setelah mengucapkan terima kasih, ibu Hanif berpesan, "Akak, tolong jangan beritahu sesiapa tentang hal ini ya, Esah malu pada jiran tetangga.". Aku mengangguk saja.

Sesampai di rumah, ku capai sehelai kertas lalu melakarkan gambaran yang kubayangkan semasa membaca laporan itu tadi.

Maghrib hampir tamat. Aku langsung ke kamar, mandi dan sembahyang. Untuk keluarga Hanif, kuselitkan doa agar Allah menjauhi mereka dari malapetaka yang berterusan, dan semoga ayahnya kembali sedar dari penagihan dadah durjana itu.

Seminggu kemudian...... Suara Hanif tidak lagi kedengaran. Kebiasaannya hampir setiap petang, Hanif dan anakku Arman, akan bermain bola di depan rumah. Kereta ayahnya juga tidak lagi kelihatan di depan rumahnya.

"Hanif masuk asrama", jelas Arman. Aku lega. Mungkin itulah yang lebih baik untuknya.

Kedengaaran pintu rumah Hanif dibuka.
 "Oh, Esah, apa khabar?". Sapaku. Tanpa menjawab teguranku, Esah berkata,
 "Akak, saya dah tak sanggup lagi bersama Omar. Saya dah pergi syariah dan dah lapor pada bahagian narkotik". Sambil menahan sebak beliau berkata lagi,
"Dia dah ambil kedua2 anak perempuan saya. Dia tinggal bersekedudukan dengan perempuan lain. Saya tak sanggup anak-anak saya tinggal dengan perempuan itu".

Aku tergamam. "Kesiannya you Esah... Habis, apa rancangan you sekarang?" tanyaku kebingungan. "Entahlah kak" Esah terisak-isak tak terkata lagi.
"Sabarlah Esah, you carilah peguam, minta nasihat". Itu sajalah yang bisa ku sarankan.

Aku sendiri bukanlah arif dengan hal-hal sedemikian.
"Dah, jap lagi saya nak pergi jumpa peguam lah ni. Saya pergi dulu ya kak". Beliau berlalu.

Aku sedih melihat keadaannya yang tidak terurus lagi itu. Aku masih terbayang betapa mesranya keluarga itu dulu. Aku pernah terserempak dengan mereka di kompleks membeli belah tidak lama dulu. "Bahagianya keluarga ini", kataku pada suamiku. kini mereka berantakan. Semua kerana dadah.

Selepas makan malam, seperti biasa kami sekeluarge duduk di depan TV sambil mendengar berita perdana. Tiba-tiba telefon bimbitku berdering. Terpapar 'MakHanif' di skrin. Aku berdebar untuk menyambut panggilan itu. Apakah berita yang akan ku dengar? ikutilah cerita selanjutnya di sambungan yang akan datang

No comments: