Pak Chot memberanikan diri untuk melangkah lebih dekat lagi ke arah belukar itu. Goyangan sudah terhenti. Tiba-tiba kelihatan cahaya gemilau memancar dari arah sepohon pokok renik. Pak Chot kehairanan. Erat, dipeluknya Intan. Dia terus melangkah ke hadapan.
“Daun emas..?” Bersuara Pak Chot , kegirangan. Antara daun2 pokok renik itu ada yang terdiri dari emas dan perak. Pak Chot melihat sekeliling. Tiada sesiapa di situ.Beliau meletakkan parangnya semula ke sarung.
Kini Pak Chot sudah berada belut2 di dekat pojon renik tersebut. Beliau memberanikan diri untuk memetik. Kini sehelai daun emas telah berada di telapak tangannya. Tiada apa2 yang berlaku. Sehelai demi sehelai dipetiknya.
Digenggaman tangan Pak Chot terdapat 5 helai daun emas dan 5 daun perak. Kesemua kini berada padanya. Pak Chot memandang Intan. Anak kecil itu kelihatan seronok apabila matanya kesilauan. Beberapa batang gigi susunya kelihatan. Pak Chot tersenyum melihat Intan. “Kita kaya, nak” katanya pada anak kecil yang kini semakin terserlah kecantikannya itu.
Pak Chot meneruskan perjalanan pulang. Sesampai di kaki tangga, Pak Chot meletakkan Intan duduk di anak tangga. Dia menyelukkan gayung tempurung ke dalam tempayan lalu mencuci kakinya. Tanpa sengaja, sehelai daun emas terjatuh dari tangan Pak Chot, langsung masuk kedalam tempayan. Cahaya keemasan terpancar dari mulut tempayan. Mata Pak Chot kesilauan. Pandangan Pak Chot kabur. Digosoknya kedua belah matanya. Apabila matanya tebuka, cahaya kemilau telah lesap. Pak Chot cepat2 menjenguk ke dalam tempayan.
Di celuknya dasar tempayan itu. Daun emas tersebut telah hilang.Pak Chot hairan. Pak Chot berpaling pada Intan.
“HAH..!!!??? INTAN..!!!!!!” Dengan secepat kilat Pak Chot menyambar Intan lalu lari menjauhi rumahnya.
Pak Chot hampir tersungkur. Dia berlari ke arah pokok besar tidak berapa jauh dari tempat ia menyalai ikan. Pak Chot lalu terhenti dan tersandar di batang pokok tersebut. Intan diletakkannya di sisi. Tangannya erat tidak mahu melepaskan gelanggangan tangan Intan. Dengan nafas yang terputus-putus Pak Chot perlahan-lahan mengintip dari sebalik batang pokok.Tiada siapa di kawasan itu. Matanya beralih ke arah rumahnya.
Dengan nada perlahan “ru..ru..rumah aku..???” Hanya itu yang terkeluar dari bibir Pak Chot. Mulutnya terngaga luas. Matanya terbeliak.
Nantikan sambungannya di episod yang ke-22
tungguuuuuuu…………………
***************************
Incase you have not read the previous episode, Click:
http://philantropist-wannabe.blogspot.com/2012/07/cerita-purbaku-episod-20.html
or if you want to read the Episode-1, click :
http://philantropist-wannabe.blogspot.com/2011/07/my-classic-story-cerita-purbaku-eposid1.html
No comments:
Post a Comment