Monday, July 16, 2012

Cerita Purbaku- Episod 20

 

Pandangan Pak Chot beralih pada Pak Lurah. Beliau melemparkan senyuman paksa. “err..baik..baik..Pak Lurah. Terima kasih”. Pak Chot menuju tangga dengan langkah yang perlahan. Menaiki anak2 tangga itu terasa begitu berat. Pak Lurah masih berdiri di atas menanti Pak Chot dengan wajah yang ceria. Sesampainya di anak tangga yang teratas, mata Pak Chot melirik ke ruang tengah rumah. Bagaikan guruh jantungnya berdegup. Darahnya mengalir seperti air banjir yang mengalir deras. Kelihatannya Halimaton sedang duduk di sana, dihiasi selendang putih yang menambahkan keayuan wajahnya. Didepannya terletak Al-Quran. Pak Chot terhenti. Ketika itu dia berdiri betul2 di hadapan Pak Lurah. Beliau tidak tahu apa yang harus beliau katakan. Mahu saja dia berlari pergi dari rumah itu.

“Silakan masuk, nak. Ini majlis tamat Al-Quran Halimaton. Marilah sama2 kita mendoakan.” Kata2 Pak Lurah itu bagaikan mengangkat batu yang amat berat dari kepala Pak Chot.”Pak Lurah..!!!” panggilan itu mengejutkan Pak Lurah.Tanpa disedari, Pak Chot tersebut nama itu dengan kuat. Terpancar keriangan di mata Pak Chot. Seakan2 hendak di peluknya orang tua itu.  “hah..!!?? ada apa ,anak muda?” Pak Lurah terkejut.

“err…Pak Lurah apa khabar?” Dengan nada perlahan, beliau membalas dengan perasaan malu yang teramat sangat.

“Oh, khabar baik, nak, silalah masuk”. Pak Lurah mengiringinya ke ruang tamu. Lirikan mata Halimaton disedari oleh Pak Chot. Senyuman manis Halimaton menusuk kalbunya. Dia membalas. Beliau duduk dengan sopan. Intan diletakkanya di sisi.

Mak Lurah serta Pak Lurah amat bangga dengan pencapaian satu2nya anak kesayangan mereka itu. Majlis doa selamat itu berjalan dengan lancar. Setelah selesai doa, para tetamu begitu berselera menjamu makanan, begitu juga Pak Chot serta Intan. Sedang beliau asyik menikmati hidangan,“ sini sayang..”,  suara lembut kedenganran dari belakangnya. Pak Chot menoleh ke arah suara itu. Mulut beliau yang dipenuhi makanan, terlopong. Halimaton tersenyum melihat keadaan Pak Chot begitu.

“Maksud saya..Intan” Halimaton dengan lembutnya berkata sambil mencapai dan membelai rambut Intan. Rupa2nya Intan dari tadi sedang memerhatikan Halimaton. Begitu juga Halimaton. Dia terasa seakan ada perasaan yang istemewa terhadap anak kecil itu.

Merah padam Muka Pak Chot. Dengan segera dia menutup mulut. Kini Halimaton berada betul2 di pinggirnya. Dia menyuapkan makanan pada Intan.

Pak Chot meneruskan kunyahannya dengan sopan sambil sesekali melirik pada keduanya. Seleranya kini hilang. Dia mencapai mangkuk pencuci tangan dan mencuci tangannya sambil memerhatikan gelagat kedua manusia terindah yang sedang bermesraan di depannya itu. “Aku akan memperisterikan kau” Bisik hatinya.

Rumah Pak Lurah telah kembali sunyi. Pak Chot tidak menyedari akan kepulangan tetamu yang lain. Matanya lekat pada Halimaton. Kebahagiaan terasa di benaknya.

“Anak muda..” suara Pak Lurah memecah renungan Pak Chot. Tangan beliau menyentuh bahunya. “ Oh.. Pak Lurah..saya nak kahwin” Halimaton terdengar. Matanya menoleh ke arah Pak Chot. Pak Lurah terkejut. Pak Chot pun terkejut lalu menepuk dahinya. Perkataan itu tiba2 terkeluar dari mulutnya.  Matanya terbeliak memandang terus pada Pak Lurah. Dia tergamam tanpa kata.

“ Anak nak kahwin? Dengan siapa?” Pak Lurah bertanya. Tiba2 jari Pak Chot secepat kilat menuding ke arah Halimaton. “aduh..!! maaf bapa, eh…Pak Lurah, tak sengaja”.Dia menarik tangannya semula. Pak Chot terlalu gugup. Dia tidak menyedari apa yang dilakukannya. Wajahnya merah padam. Keringat dingin mengalir deras dari dahinya. Wajah Halimaton ikut berubah. Dia tunduk malu. Dipeluknya Intan dengan erat. Dia tidak tahu samada hendak tersenyum atau menangis.

“HA..HA..HA..HA..HA….HA…” Kuat, Pak Lurah tegelak melihat gelagat Pak Chot. Mak Lurah meluru dari dapur. “Apahal..?? apahal ni , bang..??”.

“Alhamdullillah….” Mak Lurah menarik nafas lega apabila mendengar penerangan Pak Lurah. Pandangannya segera mengalih pada Pak Chot yang masih merah padam itu. Halimaton juga masih tertunduk malu.

“ itu pun lucu? dah nyanyuk agaknya abang ni..  ?” katanya sambil memukul lengan Pak Lurah. Mereka berdua saling berpandangan. Senyum sinis terukir. Pak Chot yang saat itu kelihatan gementar.

“Anak muda, tidak perlu malu.” Mak Lurah mendekati Pak Chot. Halimaton dengan segera membawa Intan masuk ke dalam. Mak Lurah membiarkan saja. Mak Lurah memandang terus pada Pak Chot yang perlahan2 menolehkah wajahnya ke hadapan ke arahnya. Akhirnya Pak Chot memberanikan diri untuk menyatakan hasrat hatinya. Sejak mula layanan pasangan suami isteri terhadap dirinya membuat Pak Chot merasakan seperti sebahagian dari keluarga itu. Mereka bertiga berbual mesra sehingga matahari semakin condong. Halimaton dan Intan masih berada di dalam.

Akhirnya Halimaton muncul untuk mengembalikan Intan pada Pak Chot, apabila terdengar Pak Chot meminta diri. “Rupa2nya dia mendengar” bisik hati kecilnya. Kali ini beliau tidak berani menatap wajah Halimaton. Halimanton juga hanya tunduk malu dan dengan cepat beredar masuk semula. Masing2 tidak bertegur sapa.

*******************************

Pak Chot tersenyum sumbing sepanjang perjalanan pulang. Intan terlena digendongannya. Bayangan wajah manis Halimaton masih berlingkar2 di pandangan matanya. Wajah kebahagiaan yang terpancar pada wajah kedua orang tua itu tadi masih ia teringat.Beliau bangga dengan keberaniannya untuk meyatakan hasrat hatinya itu, walau dengan cara tidak disengajakan. Gelihati Pak Chot mengenangkan peristiwa tadi.

Majlis pernikahan akan diadakan sepurnama lagi. Senyuman terukir lagi di bibir Pak Chot. “Tapi..bagaimana aku hendak beritahu pada Limah..?” Langkah Pak Chot terhenti. Nama itu tiba2 membuatkan dia sedih. Airmata mula bertakung di matanya. Beliau mengesatnya dengan kain gendongan Intan lalu meneruskan perjalanannya.

Kelihatan pokok belukar di sebelah kiri jalan bergoyang. Pak Chot dengan segera menghunuskan parangnya. Langkahnya terhenti.Matanya tertumpuh pada arah belukar itu.

Nantikan sambungannya di episod ke 21.

*************************

Incase you have not read the previous episode, Click:

http://philantropist-wannabe.blogspot.com/2012/07/cerita-purbaku-episod-19.html

or if you want to read the first episode, click :

http://philantropist-wannabe.blogspot.com/2011/07/my-classic-story-cerita-purbaku-eposid1.html

No comments: