Selangkah demi selangkah sambil memimpin tangan Intan, mereka semakin hampir di tebing sungai. Intan begitu seronok sekali diberikan peluang untuk berjalan begitu. Pak Chot menggenggam erat tangan Intan. Langkah Intan yang teragak-agak begitu mencuit hati Pak Chot. “Allah!” Pak Chot terlepas tangan Intan. Intan tersungkur. Pak Chot dengan segera mengangkat Intan. Anak kecil itu merengek sebentar. Pak Chot tersenyum lebar. “Kesian Intan”. Katanya sambil mengibas2kan lutut dan tangan Intan. Pak Chot menggendong Intan. Keduanya kelihatan begitu mesra sekali.
Sesampainya di tebing sungai, Pak Chot meletakkan Intan di tepi batu besar. Intan berdiri sambil berpaut pada batu. Dia gembira sambil berjalan mengelilingi batu. Tangan kecilnya terus berpaut pada batu. Intan tergelak dan begitu gembira bila Pak Chot mengusiknya dengan berpura2 mengejarnya. Sedang sibuk bergurau tiba-tiba mencul sebentuk tubuh tidak berapa jauh dari situ. Seorang wanita itu berdiri membelakangi mereka. Bajunya berwarna kelabu dan kelihatan lusuh. Rambutnya panjang terurai sehingga lutut. Pak Chot tersentak. Dipeluknya Intan seerat mungkin.
Limah..? suara Pak Chot terketar2.
Engkau kah Limah..? Beliau bertanya lagi dengan suara tersekat2. Wanita itu senyap. Suasana hutan tiba2 juga senyap. Tiada lagi kedengaran bunyi cengkerik. Suara2 burung kelicap juga hilang. Perlahan-lahan Pak Chot cuba mendekati, tetapi semakin Pak Chot melangkah, kelihatannya semakin jauh kedudukan lembaga itu. Langkah Pak Chot terhenti.
Limah..? Pak Chot cuba bersuara lagi.
“Abang..” Tiba2 kedengaran suara Limah. Ya, memang itulah suara Limah. Tidak salah lagi. Pak Chot masih betul2 ingat suara Limah.
“ Abang, tolonglah..kahwinilah Halimaton. tolonglah bang…”
“Tapi Limah..” sebelum Pak Chot meneruskan kata2nya, bentuk tubuh itu lesap dari pandangan.
“Limah..!!! Limah..!!!” Pak Chot berlari ketempat dimana lembaga itu berada tadi. Hilang entah kemana. Pak Chot kebingungan. Intan masih digendongannya.Limah..!!! suara Pak Chot memecah suasana hutan. Kini keriuhan hutan kembali kedengaran seperti biasa. Wajah Pak Chot berubah. Kecewa, resah dan kebingungan. Beliau masih tercari2 mengelilingi pokok yang berdekatan. Beliau akhirnya terduduk. Intan yang tidak tahu apa-apa begitu ceria apabila Pak Chot meletakkannya ketanah. Dia cuba berdiri lagi sambil berpegang pada bahu Pak Chot. Pak Chot membiarkan sahaja.
Lama juga Pak Chot termenung. Apabila beliau sedar, Intan rupa2nya sedang memerhatikannya. Wajah anak kecil yang semakin comel itu tersenyum padanya. Pak Chot bahagia sekali apabila melihat Intan terseyum begitu. Dicapainya wajah Intan. Dipeluknya anak itu dengan penuh kasih sayang. “ Kita mandi ya nak”. Beliau membawa Intan ke sungai. Sambil bermain2 dengan Intan, mata Pak Chot sentiasa melirik ke sekeliling, kalau2 Limah muncul semula.
Setelah mandi, Pak Chot memeriksa bubu. Banyak juga hasil tangkapan hari itu. Kedua anak beranak itu akhirnya berjalan pulang, sedang fikiran Pak Chot masih penuh tanda tanya. Beliau berhasrat untuk menemui Pak Lurah pada keesokan harinya.
**********************
Malam itu fikiran Pak Chot bercelaru. Bayangan Limah siang tadi masih ternampak di matanya. Belia merebahkan tubuhnya. Matanya menatap siling tak terkebil.Malam itu sepi sekali.”Baiklah Limah, kalau itu yang engkau mahu” Bisikan itu terkeluar dari bibirnya. Pak Chot akhirnya tertidur di samping Intan yang sejak tadi sudak nyenyak.
*********************
Pada keesokan harinya, Pak Chot bersiap sedia untuk menemui Pak Lurah. Intan digendongnya di belakang dengan kain Limah yang kini semakin lusuh.
Langkahnya kearah rumah Pak Lurah begitu cepat tanpa rasa penat. Tak sabar rasanya hendak bertemu Halimaton. Akhirnya beliau dengan Intan sudah berada tidak jauh dari persimpangan rumah Pak Lurah.
“Siapa mereka.?” Langkah Pak Chot terhenti. Rumah Pak Lurah terdapat ramai orang. “apa yang berlaku?” Pak Chot berdebar2. Dia mempercepatkan langkahnya. Mak Lurah sedang sibuk mempersikan semua tetamu yang datang. Halimaton tidak kelihatan.
Sesampainya di depan rumah, Pandangan Mak Lurah terus kepada Pak Chot. “ah.. anak muda, sila lah naik..sila..sila..”
Pak Chot tergamam. “Apakah itu majlis perkahwinan Halimaton?” Bisik hatinya. Hancur luluh perasaannya. Beliau masih tercegat di sana. Beliau tidak tahu bagaimana untuk menghadapi keadaan itu. Apakah Pak Lurah sudah menemui jejaka lain untuk Halimaton?. Wajah Pak Chot kemerah2an. Sedih, malu, kecewa, itulah yang dirasakannya.
“Anak muda…!! kenapa tercegat di situ? Silalah naik” Menungan Pak Chot terhenti mendengar sapaan Pak Lurah.
********************
Nantikan episod ke 20. stay tuned……………….
Incase you have not read the previous episode, Click : http://philantropist-wannabe.blogspot.com/2012/01/cerita-purba-ku-episod-18.html
or if you want to read the first episode, click : http://philantropist-wannabe.blogspot.com/2011/07/my-classic-story-cerita-purbaku-eposid1.html
2 comments:
Kfaida today ponteng kerja go & finish yr story don't keep us hanging........ littlesisD
lol!..tu dia..suruh ponteng lagi. Will continue very-very soon , my littlesisD.
Tungguuuu......
Post a Comment