Thursday, January 12, 2012

Cerita Purba Ku –Episod 18

Pak Chot melihat mencari di setiap pelusuk rumahnya. “Limah! Limah.!”.  Suara isakan tadi tidak lagi kedengaran. Hati Pak chot luluh. Apakah yang membuatkan Limah bersedih? Kesunyiankah dia? Dimana dia berada?

Malam itu fikiran Pak Chot begitu kusut. Bayangan wajah ayu Halimaton serta wajah Limah semasa mudanya muncul berselangseli di anak matanya. “Salin tak tumpah” bisik hatinya. Pak Chot menutup kelopak matanya. “Abang..” tiba-tiba suara Limah kedengaran. Pak Chot menoleh ke arah suara itu. Degupan jantungnya semakin deras. Tiada ada siapa2 di situ. Beliau menoleh ke arah Intan. Anak manis itu kelihatan nyenyak. Intan keletihan agaknya. Pak Chot meletakkan kepalanya semula ke bantal.

“Ah, mungkin aku bermimpi. tapi…..” Pak Chot dengan segera menutup matanya semula. Dia teringat semasa di lubuk ketam, beliau telah berbicara dengan Limah. Suara bisikan Limah hanya kedengaran dikala beliau menutup mata.

“Abang, kahwinilah Halimaton” suara bisikan Limah begitu jelas sekali.

“Limah.! Kenapa Limah lama menghilangkan diri. Abang rindu..” Suara Pak Chot terketar-ketar menahan sebak.Matanya terus ditutup. Dia terlalu rindu pada suara bisikan itu.

“Abang kahwinilah Halimaton” Sekali lagi suara Limah kedengaran.

“Tidak Limah, Abang tidak sanggup. Limah masih tetap dihati abang” Balas Pak Chot lemah,sambil matanya ditutup rapat. Dia tidak mahu kehilangan suara itu.

Tiba-tiba kedengaran suara pekikan yang kuat. Pak Chot melompat dari tidurnya. “KENAPA LIMAH..???” Mata Pak Chot terbeliak terkejut. Suara pekikan itu semakin jauh dan lesap. “LIMAH..!!!!” Pak Chot juga turut memekik. ‘LIMAH..!!!” Dia terus memekik nama Limah. Dia terasa kehilangan.

Limah bagaikan ditarik oleh sesuatu. Kenapa Limah menjerit sedemikian? Adakah Limah terseksa oleh sesuatu? Pak Chot terduduk. Kesal, sedih, kecewa, buntuh. Dia tidak tahu bagaimana untuk menyelamatkan Limah. Airmatanya jatuh dan mengenai sesuatu di lantai. Beliau mendapatkan benda itu. Puas Pak Chot menggosok-gosokkan matanya. Memang benar, itulah cincin yang dibuatkannya khas untuk Limah. Tapi kenapa Limah mengembalikannya. Airmatanya terus menitis. Dia betul2 kecewa. “Kenapa Limah.!!???” Sambil digenggamnya cincin Limah. “KENAPAAA…!!???” Pak Chot memekik sekuat-kuat hatinya. Suaranya bergema jauh kedalam hutan, bersahut-sahutan dengan bunyi cengkerik dan burung hantu.

Intan terkejut dari tidurnya. Dia duduk merenung ke arah Pak Chot. Intan ketakutan melihat Pak Chot berkelakuan sedemikian. “sshhh…. maafkan bapa , Intan. shh…tidur ya nak..” Pak Chot membaringkan Intan semula. Dibelai2nya anak itu. “Kasian Intan” Bisik hatinya yang masih luka itu. Pak Chot tertidur bersama Intan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~*****~~~~~~~~~~~~~

Malam itu Pak Chot bermimpi. Limah kelihatan tercegat di tepi sungai tempai beliau mencari ikan. Dua lembaga hitam  yang tidak berwajah berada di kiri dan kanan Limah. Lembaga  itu  besar dan tinggi.. Wajah Limah kelihatan dalam ketakutan. Suara Limah terketar-ketar. Kedua tangan Limah ke arah Pak Chot. Mata Limah digenangi airmata. Limah seakan-akan meminta untuk Pak Chot mendapatkannya. Pak Chot berjalan ke arah Limah, tapi semakin dekat langkah Pak Chot, kedudukan Limah dan kedua lembaga itu juga semakin jauh. “Abang..!! selamatkan Limahhh…!! kahwini Halimatonnn..” . Limah lesap dalam kegelapan hutan.

Limah..!! jangan pergi.!!!!

Pak Chot terjaga dari tidur. Teriakannya juga mengejutkan Intan. Pak Chot duduk bersandar ke dinding. Suara Limah masih terngiang-ngiang di telinganya. Apakah maksud mimpi itu? Apakah yang Limah ingin sampaikan? Kenapa dengan Halimaton? Pak Chot kebingungan. “Ah! lupakan lah” Dia bersuara sambil menoleh ke arah Intan. Anak kecil yang masih tidak memahapi apa-apa itu tersenyum.

“ Hari ini kita mandi sungai ya nak” dengan lembut Pak Chot berkata. Intan begitu ceria menyambut kata2 Pak Chot. Dia seolah-olah memahami.

~~~~~~~~~~~~~~~****~~~~~~~~~~~~~

Selepas sarapan, Pak Chot bersiap-siap untuk kesungai. Intan dibiarkannya duduk di penjuru. Sambil berkemas, fikiran Pak Chot masih teringat mimpi ngeri tadi malam. Ketika beliau ke dapur untuk mendapatkan parangnya, suara Intan kedengaran tergelak-gelak kecil. Pak Chot bergegas ke luar.

“Wah…Intan sudah boleh berdiri?” Wajah Pak Chot berubah kegembiraan. Intan tidak memperdulikan Pak Chot. Dia teruskan usahanya untuk berdiri. Dia tergelak setiap kali jatuh terduduk. Pak Chot turut tergelak. Beliau terus memerhatikan betapa nekadnya anak kecil itu.

Nantikan sambunganya di episod ke 19. Tunggu……………

6 comments:

Anonymous said...

wow pak chot is back.... ini inspirasi akibat berjaga sambil bertongkat menunggu snatcher? sudah bagus sambungkan terus suspen nie no advert on cane & salak ok..... he he he :)) littlesisD

Faida said...

Pak Chot buzy flying. Everyone can fly, including Pak Chot. Will be right back.

Anonymous said...

dah ep.18???ko print kat mana ni??? n.lemak

Faida said...

laa..n.lemak, itu lah ko, ketinggalan bas. Scroll down and start reading from Episod 1

Anonymous said...

alaaaaa byk beno...u convey it to me...hehehe (pemalas)

Faida said...

Dont be lazy, you lazy bump! Zoom in to July 2011 postings.Do your homework.