Pak Chot memandang keheranan pada Intan. Intan masih tergelak seperti kegelian.
Ish..!! Dengan secepat kilat tangan Pak Chot menepis ulat Gonggok yang kelihatan merayap keluar dari baju, di tengkok Intan. Ulat Gonggok itu terpelanting dan membentuk bulat seperti bola. Pak Chot lega. Di angkatnya Intan dan disapu2nya badan Intan. “Kesian, Intan tak apa2 kan?” Beliau menggendong Intan dan bersedia untuk meneruskan perjalanan mereka.
Lembah paya bakau sudah hampir dekat. Pak Chot terus merimbas rumput belukar yang agak tebal itu. Akhirnya Pak Chot dan Intan sampai di tempat yang dituju. Pak Chot duduk di bawah pohon Tabanak yang sekian lama masih tegap berdiri di tebing lembah itu. Di situlah dia bersama Limah bergurau senda sambil menjamu bekal makanan yang Limah sediakan. Hatinya sayu terkenangkan saat itu. Dia rindukan Limah, tapi dalam benaknya, dia juga rindukan si dia , empunya bisikan yang membelainya setiap malam. Pak Chot kebingungan.
Intan kelihatan tenang duduk di bawah pohon yang rendang itu. Dia mencarik2kan daun2 yang tercapainya. Pak Chot memerhatikan sahaja. Dalam hati Pak Chot tertanya2, “ Anak siapa kah dia?”. Tiba-tiba muncul kebimbangan dihati Pak Chot. Bagaiman kalau ibu Intan datang untuk mengambilnya semula? Bagaimana pula kalau Intan bertanyakan di mana ibunya , apabila dia mula pandai bertanya nanti?
Pandangan Pak Chot beralih ke kawasan dimana terdapat banyak ketam. Terbayang wajah Limah keriangan sambil melambai2 padanya, acapkali dia dapat menangkap ketam di situ. Bahagianya mereka waktu itu.
Dalam mengelamun begitu, mata Pak Chot tertumpuh ke arah dua tusuk tubuh manusia di seberang sana. Apabila tahu Pak Chot menyedari akan kehadiran mereka, kedua2nya datang ke arah Pak Chot dan Intan. Pak Chot mencapai parangnya. Intan didukungnya dan di ikatkannya kain pelikat erat agar Intan tidak terlepas. Kedua orang itu semakin dekat. Bagaimanapun mereka kelihatan datang tanpa tujuan jahat. Pak Chot kembali tenang dan meletakkan parangnya.
“Abang ni orang baru di sini kah?” Salah seorangnya bertanya. Pak Chot teragak-agak untuk menjawab kerana beliau cukup kenal wajah2 itu. mereka lah yang sering terserempak dengannya ketika mencari kayu api. Mereka juga lah yang berlari lintang-pukang semasa dia memanggil mereka 4 purnama yang lalu.
“err..tidak. saya sudah lama di sini. Rumah saya di sana” Pak Chot menunjukkan arah rumahnya.
“eh. tapi itu dekat rumah orang tua bisu tu. Abang ni adik Pak Chot kah?” kata yang seorang lagi sambil bertanya. Matanya melirik pada anak kecil di gendongan Pak Chot, tapi tidak bertanya lebih lanjut.
“ ya,saya tinggal di situ” Jawab Pak Chot tanpa mahu menyatakan hal yang sebenar. Pak Chot mencapai parangnya semula dan mula menebas-nebas rumput sekeliling. Menyedari Pak Chot seakan tidak menyenangi perbualan tersebut, mereka berdua minta diri untuk meneruskan kerja2 mencari kayu api.
Setelah keduanya berlalu, Pak Chot berhenti menebas. “muda sangatkah wajahku?” Bisik hatinya tertanya-tanya. Intan di letakkannya semula di bawah pohon tadi. Beliau ke tepi paya untuk menjenguk gambar wajahnya di permukaan air. Memang terlalu lain dari wajahnya sebelum ini. Pak Chot lebih segak dan jauh lebih muda kelihatan.
Dalam menyelami bayangan wajahnya itu, tiba-tiba kedengaran suara bisikan yang memang pernah di dengarnya sebelum ini.
“Abang..” Pak Chot berpaling ke arah mana datangnya bisikan itu. Tiada siapa kelihatan, tapi dia cukup mengenali suara itu. Kini kata2nya jelas sekali
“Limah.! Kau di mana Limah?” Pak Chot terputar2 mencari sekelilingnya. Hanya Limah sahaja yang memanggilnya sedemikian. Dia pasti itu Limah, isterinya yang sekian lama menghilang setelah disambar kilat lebih 47 tahun yang lalu.
“Limah!! Kenapa kau tidak mahu menunjukkan dirimu Limah?”
“Abang..,tolong jaga anak kita. Limah tidak boleh”.Suara bisikan Limah hilang begitu saja.
…………..nantikan sambungannya di episod ke-12…………………
Episod 12:
http://philantropist-wannabe.blogspot.com/2011/08/cerita-purba-ku-episod-12.html

No comments:
Post a Comment