Thursday, August 11, 2011

Cerita Purba ku – Episod 12


Senyap. Suara itu tidak kedengaran lagi.  Limah kah itu? Kenapa Limah tidak mahu berjumpa dengannya?
“Limah.! Limah.! kau di mana Limah.?” Pak Chot terputar2 bagaikan orang tidak siuman, tercari-cari dari mana suara itu tadi.
Suara Intan kedengaran tegelak2 kegembiraan. Pak Chot terhenti. Beliau melangkah mendekati Intan. Intan lagaknya seperti bersama seseorang. Kaki dan tangannya melambai-lambai, suka. Begitulah keadaan Intan apabila minta di gendong oleh Pak Chot. Tapi tidak ada sesiapa bersama Intan. Kini dia sudah berada betul-betul di tepi Intan. Pak Chot perlahan2 duduk, dan bersandar ke pangkal pohon Tabanak itu.
Intan kelihatan bahagia sekali. Pak Chot terus memerhatikan lagak anak kecil itu. Banyak yang berlingkar2 difikirannya. Mungkinkah si dia ada bersama Intan ketika itu? Mungkin itu Limah, yang sedang melayani Intan. Mungkin Limah selama ini sentiasa berada bersamanya dan Intan. Mungkin hanya Intan yang bisa melihatnya.
Nampaknya Intan masih tidak menyedari akan kehadirannya. Intan masih tetap melambai-lambaikan kaki dan tangannya ke arah lain sambil bersuara kesukaan. Bukan ke arah Pak Chot. Pak Chot mahu membiarkan Intan bermain dan bermesra bersama si dia yang mungkin juga ibu Intan.
Pak Chot agak yakin bahawa itulah suara Limah, isteri yang selama ini dicari2nya. “tapi siapa anak kecil ini? Anakku kah dia?”. Ianya masih menjadi tanda tanya pada Pak Chot. Pak Chot cuba menenangkan fikiran.  Intan dibiarkannya terus bermain kesukaan,  “ Biar lah dia puas bermain dengan Intan” Bisik hatinya. Pak Chot menutup kelopak matanya.
Sebaik sajaha Pak Chot menutup mata, bisikan Limah kedengaran. Dengan cepat Pak Chot menoleh ke arah Intan, dengan serta merta juga suara bisikan itu lesap. “mungkin kah aku bermimpi?” Dia menggeleng2kan kepalanya dan menutup mata semula. Sekali lagi suara itu kedengaran. Setiap kali Pak Chot membuka matanya, suara itu hilang. Akhirnya dia merapatkan matanya.
“Limah..Aku dengar kau Limah” tanpa membuka mata Pak Chot cuba menyapa.
“ Abang… maafkan Limah , bang”. Suara Limah lembut kedengaran seolah-olah begitu dekat padanya. Kini Pak Chot sedar, bahawa beliau hanya bisa mendengar suara Limah dengan mata tertutup. “ Tapi kenapa Limah? Abang mencari Limah. Kenapa Limah tergamak?” Pak Chot tidak dapat menahan airmatanya. Matanya terus dirapatkan. Dia masih mahu mendengar suara yang sekian lama dirinduinya itu.
“Abang, Limah akan ceritakan apa yang terjadi, tapi bukan sekarang. Abang bawa Intan pulang dulu. Limah datang nanti malam”. Suara itu lenyap.
“Limah..! jangan pergi dulu” Pak Chot melihat sekeliling. Dia cuba menutup matanya semula sambil memanggil2 nama Limah, tapi suara Limah tidak kedengaran lagi. Dia membetulkan duduknya.Dia mengesat airmatanya. Beliau merenung Intan yang tersenyum sambil melambai2kan tangan dan kakinya ke arahnya.
Hari sudah hampir senja. “Kita pulang ya nak..” Perasaan Pak Chot terhadap Intan semakin intim. Pak Chot mendukung Intan dan mula berjalan pulang. Dalam hati, beliau tidak sabar2 menunggu malam tiba. Dia akan bertemu Limah lagi walau tanpa melihat wajah isteri yang amat dirinduinya itu.
Nantikan sambungannya di Episod ke-13……………….tunggu…..

Episod 13:


http://philantropist-wannabe.blogspot.com/2011/09/cerita-purba-ku-episod-13.html

2 comments:

Anonymous said...

Hi kak faida....lama no news ? Pak Chot sakit or u sakit? pak chot pun tak ada update dah lama. 2T

Faida said...

Dear 2T,
Hi sis. Hah! baru ni Pak Chot boleh bangun dari sakit. Hujung pangkal cerita pun pak Chot sudah lupa.ok..ok.. Next episod, coming soon.