Empat malam sudah berlalu,sejak pulangnya dia dan Intan dari lubuk paya bakau hari itu .
“Kenapa kau tipu, Limah?” Bisik Pak Chot, kecewa. Limah telah berjanji untuk datang dan menceritakan sesuatu padanya, malam itu. Tapi bisikan Limah langsung tidak kedengaran. Sudah empat malam Pak Chot tidak lagi terdengar bisikan dari Limah. Dia semakin resah. Apakah yang sudah terjadi pada Limah? Apa silapnya sehingga Limah langsung tidak muncul ? Bagaimanapun hidangan makanan tetap ada setiap hari. Pak Chot semakin bingung.
Pak Chot mendekati Intan. Rambut Intan diusapnya, lembut. “Intan tidak rindu pada ibu?” Airmatanya tiba2 mengalir di pipi. Intan sibuk mencarik2 tikar yang semakin besar koyaknya itu. Intan memang suka menarik2 jalur2 mengkuang yang tercabut itu. Dia kelihatan kusyuk dengan tikar tersebut. Pak Chot membiarkan saja. Hatinya terhibur melihat keseronokan Intan. Anak kecil itu tidak tahu apa2. Intan kelihatan biasa sahaja. “Aneh” Bisik hati Pak Chot.
“Pak Chot..!! Ooo..Pak Chot..!”
Pak Chot terkejut mendengar namanya di panggil. Sejak Limah pergi, tidak ada sesiapa yang berani mendatangi pondok buruknya itu. Beliau bingkas bangun dan mencapai parang yang tersangkut di dinding tepi pintu kamarnya.
Bersambung…. tunggu episod ke-14….(penulis over ate. Need rest)
Episod 14:
http://philantropist-wannabe.blogspot.com/2011/09/cerita-purba-ku-eposod-14.html
2 comments:
ah......penulis ni mau kena pecat. Byk betul penulis punya pit-stop.2T
Hayyoo..garang ini peminat.sorry lah peminat..penulis sudah naik lemak. Terlebih banyak rest during the long holiday. ok..ok..am now continuing...stay tuned....
Post a Comment