“Pak Chot..!!”. Panggilan itu kedengaran lagi.
Pak Chot cuba mengintai dari sebalik jendela kamarnya. “Apa gerangan orang tua ni?” Pak Chot tertanya2 dalam hati. Dia kenal sangat orang tua itu. Pak Chot keluarkan kepalanya “Ya..!!”
“Aduhh...!!” Pak Lurah terlompat, terkejut.
“Maaf”. Pak Chot hampir tergelak.
“Pak Chot ada?. Pak Lurah memandang tepat pada Pak Chot yang masih tercegat di jendela. “Eh..Wajah anak ini saling tak tumpah dengan wajah Pak Chot semasa mudanya” Katanya agak terpegun melihat Pak Chot.
“err…naik lah” Pak Chot menjemput tanpa memberikan jawapan. Pak Lurah mencapai gayung tempurung yang tersangkut di tepi tangga . Dia kemudian mencedukkan tempurung tersebut kedalam tempayan yang berisi air yang juga terletak di tepi tangga Pak Chot, dan mencuci kakinya sebagaimana kebiasaan adat penduduk di situ. Ketika itu Pak Chot sudahpun berada di luar pintu , menyambut kedatangan Pak Lurah dengan penuh tanda tanya.
Pak Lurah dengan berhati2 menaiki tangga Pak Chot yang diperbuat dari batang pokok bakau yang masih kelihatan kukuh itu. Di mata Pak Chot, Pak Lurah kelihatan sudah semakin tua, sedangkan umur mereka tidak jauh berbeda. Pak Chot mempersilakan beliau duduk di veranda rumahnya yang usang itu.
“Pak Chot mana?” Pertanyaan itu berulang lagi.
“err…sebenarnya….” Pak Chot teragak2.
“sebenarnya, kedatangan saya ni adalah untuk menjenguk Pak Chot. Ada orang beritahu yang Pak Chot sudah lama tidak kelihatan. Saya ni teman lama Pak Chot , tapi setelah beliau kehilangan isterinya, dia tidak lagi mahu bergaul dengan sesiapa”.Pak Lurah menyatakan maksud kedatangannya sebelum Pak Chot sempat menjawab.
“Er…Anak ni orang baru di sini kah?”. Pak Chot kebingungan dan tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan2 yang aneh itu.
Pak Chot menarik nafas sambil membetulkan duduknya.“Begini Pak Lurah..”
“Oh! anak sudah kenal saya?” Pak Lurah menyampuk. Pak Lurah memang peramah dan cakap banyak orangnya. “Pasti Pak Chot yang beritahu kan?Mana dia? Memang sudah lama saya ingin ketemu dia” Katanya lagi sambil kepalanya terjenguk2 ke dalam rumah.
“Pak Chot tidak tinggal di sini lagi” Pak Chot terpaksa berbohong.
“Hah..! Dia pindah ke mana? Pak Lurah terkejut mendengar berita itu.
“Saya tidak tahu Pak Lurah. Semasa saya sampai ke mari, Pak Chot pergi. Katanya beliau hendak mencari kehidupan di tempat lain”. Pak Chot terpaksa mencipta cerita. Dia rasa kesal sebab tidak dapat mengatakan perkara yang sebenar.
“Ooo…begitu…” Pak Lurah mengangguk2 agak kehairanan. “Kesian Pak Chot. Dia benar2 kecewa. errr..ada dia beritahu bila dia balik?” Dia bertanya lagi. Pak Chot menjawab ,”Dia tidak beritahu, Pak Lurah”.
“Tidak apalah. Mudah2an beliau selamat dan kembali sihat seperti sediakala”. Pak Lurah mengeleng2kan kepalanya .Suaranya agak sayu.
Tiba2 Intan merengek. Sejak 4 malam yang lalu, Intan sering terjaga sekali-sekala begitu.Pak Chot menjenguk ke kamar. Intan tidur semula. Beliau kembali keluar untuk bersama Pak Lurah.
“Itu anak siapa? Mana emaknya?”. Pak Chot semakin rimas dengan pertanyaan2 orang tua itu. “Itu anak saya” Jawab Pak Chot.
“Mana emaknya?” Orang tua itu bertanya lagi.
“Emaknya sudah meninggal” Sekali lagi Pak Chot terpaksa berbohong.
“Ooo…kesian… “ Pak Lurah tersentak dengan jawaban Pak Chot.
“Rumah Pakcik tidak berapa jauh dari sini, jalan ke arah sana” Pak Lurah menunjukkan arah rumahnya. Pak Chot sebenarnya memang kenal dan memang tahu di mana rumah Pak Lurah.
“Anak datanglah. Saya sekeluarga akan menunggu kedatangan anak esok tengah hari. Kita makan bersama ya..mesti datang ya, nak” pak Chot memang sedia maklum dengan cara Pak Lurah mengajak. Beliau tidak sempat menjawap, Pak Lurah sudahpun berdiri dan menuruni tangga.
“Jangan lupa, mesti datang. Saya tunggu. Bawa anak tu sekali. Pakcik pulang dulu, Hari sudah semakin gelap” Pak Lurah sekali lagi mengajak sambil meminta diri. Beliau nampaknya langsung tidak mengenali Pak Chot lagi. Pak Chot berjalan mengiringinya ke tangga. Beliau tersenyum pada Pak Lurah, sambil mengangguk2kan kepalanya tanda setuju.
Rumah Pak Lurah tidak lah terlalu dekat, tapi bagaimanapun Pak Chot terasa selesa sekali dengan ajakan Pak Lurah kali ini, terutamanya apabila beliau kelihatan bersungguh2 mengharapkan kedatangannya dan Intan. Pandangannya mengiringi langkah Pak Lurah. Selangkah demi selangkah, bebayang ketua kampung itu semakin hilang dikehijauan belukar. Pak Chot masih tercegat di veranda. Dia bernekad untuk menyambut ajakan Pak Lurah.
Dia akan bawa Intan ke sana. Dia ingin orang kampung tahu akan kehadiran mereka berdua. Pak Chot tidak mahu Intan terpinggir dari anak2 lain di kampung terdekat. “Biarlah Intan membesar seperti anak2 lain” Bisik hatinya. Pak Chot tersenyum sendirian. Dia kembali masuk untuk mendapatkan Intan, setelah kelibat Pak Lurah langsung tidak kelihatan lagi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~*****~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Malam itu Pak Chot tidur nyenyak. Begitu juga Intan. Perasaan kecewa Pak Chot semakin tipis.Kedatangan pak Lurah telah memberikan nafas baru pada kehidupannya bersama Intan.
Bersambung di episod ke-15…nantikan…..
Episod 15:
http://philantropist-wannabe.blogspot.com/2011/09/cerita-purba-ku-episod-15.html
2 comments:
pak chot tidur nyenyak.... so writer pun mengantuklah tu, sebab tu dia suruh pak chot tidur....pandai my sister ni. but dont take too long to continue ok. 2T
LOL..! Jawapan anda TEPAT..!
Post a Comment