Sejak awal pagi, Pak Chot sudah bersiap2 untuk memulakan perjalanannya.
Bagaikan sedia maklum, ada bungkusan makan yang tersedia untuk bekalan Pak Chot dan Intan. Pak Chot membuka bungkusan daun pisang yang dilihatnya terletak di tepi tudung saji yang menutupi sarapan pagi mereka.
‘mmm…” Pak Chot menghidu ubi rebus yang di bungkus berserta ikan masin itu.
“Terima kasih Limah”. Pak Chot sudah biasa bercakap sendiri seolah-olah Limah ada dalam rumah itu bersamanya dan Intan. Dalam benaknya Pak Chot terfikir, mungkin Limah juga bersetuju dengan tindakannya untuk membawa Intan ke rumah Pak Lurah. Dia tersenyum dan meneruskan persiapan untuk memulakan perjalanan.
~~~~~~~~~~~~~~~****~~~~~~~~~~~~~~~~~
Intan kelihatan ceria dalam gendongan Pak Chot. Pejalanan meraka agak jauh. Separuh perjalanan Pak Chot dan Intan berhenti seketika untuk menjamah bekal mereka.
Intan kini sudah pandai duduk dan mula belajar untuk makan dengan sendiri. Pak Chot tersenyum melihat Intan tergolek sekali sekala, dan duduk semula.
Matahari pagi semakin terik. Pak Chot memulakan lagi perjalanannya.Tidak lama kemudian, atap2 rumah mula kelihatan dari jauh. Pak Chot teringat waktu dulu, beliau sering juga ke kampung itu. Kenangan lama teringat kembali.
Rumah Pak Lurah sudah kelihatan dengan mata kasarnya. Rumah itu masih seperti dulu. Langkah Pak Chot semakin hampir. Ada seseorang sedang menyidai kain. Susuk tubuh wanita itu seperti pernah di kenalinya.Selangkah demi selangkah. Hati Pak Chot agak gementar. Dia sendiri tidak tahu kenapa.
Wanita itu masih tidak menyedari kehadirannya dan Intan. Akhirnya beliau terhenti. “Harus kah aku teruskan?” Dia teragak2.
Siapakah wanita itu? Dia terlalu muda untuk menjadi isteri Pak Lurah. Tak mungkin dia anak Pak Lurah. Atau kah memang betul dia anak Pak Lurah? Begitu kah lamanya dia tidak pernah lagi ke tempat itu? Bermacam2 persoalan bermain2 dalam fikiran Pak Chot.
“Cari siapa Tuan hamba?” . Pak Chot tersentak.
“err…Pak Chot ada? eh!..maaf..maksud saya..Pak Lurah ada?” Pak Chot tersasul, gugup. Wanita itu tersenyum. Pandangannya menusuk kalbu Pak Chot. Wajah itu salin tidak tumpah seperti Limah semasa mudanya. Pandangan Pak Chot terpacak kearah gadis peramah itu. Terasa kehangatan didada Pak Chot. Degup jantung Pak Chot semakin deras. Gadis itu tersipu dengan cara Pak Chot memandangnya. Dengan sopan dia menyapah “ oh, ini anak buah Pak Chot kah? Bapa sudah lama menunggu di atas. Sila lah naik”. Dia menunjukkan arah tangga. Pak Chot tanpa suara menurutnya dari belakang.
Sebelum melangkah anak tangga, gadis itu berpaling pada Intan. “Comel sungguh anak tuan hamba”. Dia tersenyum. “Manis sungguh senyummu”. Bisik hati Pak Chot. Pak Chot membalas senyumnya. Sedang mereka berbalas senyum, Intan mengangkat kedua tangannya ke arah si gadis. Pak Chot tersipu. Gadis itu tidak teragak2. Beliau menggapai tangan Intan. Pak Chot menurut saja, melepaskan Intan padanya. Tangan Pak Chot bersentuh jari jemarinya yang halus mulus itu. Bagaikan disambar halilintar perasaan Pak Chot. Beliau tidak tahu mengapa beliau berperasaan demikian terhadap gadis itu. Pandangan matanya bagaikan tidak ingin melepaskan keindahan yg ada di depannya itu.
“Hah!.. anak muda!. Sila..sila..!” Berderap darah Pak Chot mendengar suara yang datang dari rumah itu. Pak Lurah rupanya sedar akan kehadiran Pak Chot. Sebelum menyapah, Pak Lurah sempat melihat kedua mereka saling berbalas senyum. Pak Lurah malah senang dengan apa yang dilihatnya tadi.
Tiba2 timbul rasa keseganan Pak Chot pada Pak Lurah, temannya semasa muda itu. Lebih2 lagi dengan keadaan tubuh dan wajahnya sekarang yang sudah jauh berbeza sehinggah tidak dikenali sesiapa lagi.
“Pak Lurah”. Sambil membongkokkan badan sedikit tanda hormat,Pak Chot membalas sapah Pak Lurah. Intan dibiarkannya dibawah oleh gadis itu terus ke atas dan masuk ke dalam. Dia melangkah naik dengan sopan.
“Oh..ini anak muda yang abang katakan tu..” Mak Lurah muncul ke muka pintu. Pak Chot dengan sopan menundukkan kepalanya tanda hormat, kepada Mak Lurah. Wanita itu kelihatan begitu tua pada pandangan matanya. “Mak Lurah”. Pak Chot menyapah.
“Sila masuk,nak. Makan tengah hari pun dah sedia”. Mak Lurah menyapa lagi. Pak Chot melangkah masuk. Pandangannya dilemparkan ke arah Intan yang sedang bergelak ketawa di layani anak Pak Lurah. Lembut sekali wajah ayu itu pada Pak Chot. Intan kelihatan begitu senang sekali bersama si dia. “oh, itu halimaton, anak saya”. Pak Lurah menyedari perhatian Pak Chot pada anak gadisnya. Pak Chot tersentak mendengar nama itu.
“Halimaton???” Nama itu terkeluar dari mulut Pak Chot sambil memandang terus pada Pak Lurah. Anak gadis itu tersentak mendengar namanya disebut oleh Pak Chot. Dia menoleh pada Pak Chot, kemudian mengalihkan pandangannya pada Pak Lurah. Pak Lurah tersenyum seribu erti.
“Ya , nak. Itu Halimaton, satu2nya anak kami”. Mak Lurah pula bersuara. Pak Lurah dan Mak Lurah saling berpandangan sambil tersenyum sumbing. Mereka seolah2 dapat mendengar suara hati Pak Chot terhadap anak gadis mereka itu. Pak Chot tertunduk malu. Begitu juga Halimaton.
”Sila lah, kita makan dulu. Anak pun tentu sudah lapar”. Pak Chot mempersilakan Pak Chot duduk mengadap tudung saji yang sejak tadi sudah tersedia. “Terimah kasih” Pak Chot menyahut sambil duduk. Ekor matanya menjeling kearah dimana Intan dan Halimaton sedang saling melayani. “Dia persis seperti Limah semasa mudanya” bisikan hatinya itu masih bermain2 di benaknya.
Mak Lurah mencapai hujung tudung saji. Haruman lauk pauk menusuk hidung Pak Chot. Ketam masak lemak cili api, Salai ikan keli masak lemak, pucuk ubi, sambal belacan, kerabu jantung pisang. Pak Chot terpegun kearah lauk-pauk di depan matanya. Itulah lauk-pauk yang kegemarannya dengan Limah. “Hah..ini Halimaton yang masak” Terang Mak Lurah. “Anak suka kah?” Tanyanya lagi. “eerr..suka..suka…, terima kasih” Pak Chot tersedar dari menungannya. Fikirannya terlempar jauh ke saat ketika beliau mula2 bertemu Limah. Keadaan hari itu bagaikan telah pernah terjadi. Dia terasa pelik.
Akan bersambung di Episod ke 16…………………………tunggu………….
Episod 16:
http://philantropist-wannabe.blogspot.com/2011/12/cerita-purba-ku-eposid-17.html