Wednesday, December 14, 2011

Cerita Purba ku – Episod 16


Selesai menjamah makanan, Pak Lurah menjemput Pak Chot ke serambi rumah. Tiupan angin sepoi2 bahasa membawa ketenangan di jiwa Pak Chot, lebih2 lagi apabila mendengar suara2 kecil Intan yang leka dilayani Halimaton.
“Anak sebenarnya berasal dari mana?” Ayat pembuka dari Pak Lurah itu membuat Pak Chot tergamam. Apakah yang harus aku katakan? Patutkah aku berterus terang? Ah..tidak mungkin Pak Lurah percaya.
“Anak muda..” Pak Chot terkejut dari lamunannya. “er…maaf Pak Lurah..er…saya datang dari ..err..Seri Menanti..aa..amat jauh dari sini.” Nama tempat itu terkeluar dari mulutnya. Beliau sendiri tidak tahu di mana tempat tersebut. “oh..” Pak lurah mengangguk perlahan tanpa bertanya lagi. Beliau sendiri tidak tahu di mana tempat tersebut. Pak Chot tersandar, lega.
Pak Lurah menghulurkan tapak sireh pada Pak Chot. “Silakan, anak muda”. Pak Chot menyambutnya. “Terima kasih ” , sambil tangannya menggapai daun Sireh sehelai.  Daun Sireh diletakkan ditelapak tangannya. Pak Lurah juga mencapai sehelai. Beliau mencuitkan jarinya kedalam bekas yang berisi kapur.Di calitkannya benda putih itu ke permukaan daun. Kemudian ditaburkannya kepingan buah Pinang serta pecahan2 gambir di atas, lalu melipatkan daun tersebut membungkusi bahan2 tadi. Pak Chot perhatikan sahaja.
“Kenapa termenung sahaja, anak muda? Sila lah” tiba2 Mak Lurah keluar, menyapa. “ er…baik Mak Lurah, terima kasih”. Pak Chot meniru cara2 Pak Lurah menyediakan Sireh tadi. Bungkusan Sireh lalu di kunyanya perlahan-lahan. Telah puluhan tahun beliau tidak lagi pernah memakan Sireh.Wajah Pak Chot mengerut apabila rasa pahit dan kelat Sireh bagaikan menyengat pangkal lidahnya.
“hi..hi..hi..hi…” kedengaran gelak2 kecil dari Tingkap. Pandangan ketiga-tiga mereka berpaling ke tingkap. Rupanya Halimaton sedang memerhatikannya. Pak Chot kemerah-merahan. “Eh..tak baik ketawakan orang..!!” Mak Lurah memarahi Halimaton. Halimaton menyembunyikan diri di balik dinding.
Pak Chot cuba bertahan dan terus mengunya perlahan-lahan. Dinding mulut Pak Chot terasa kebas. Akhirnya beliau mengalah. Di capainya bekas yang disediakan khas untuk meludahkan sireh dari sisi Pak Lurah. Diludahkannya semua. “Maaf Pak Lurah. Saya tidak biasa” Dia tersipu, malu. “tak apa, nak” Pak Lurah bersuara sambil tersenyum.
“hi..hi..hi..hi” suara Halimaton tergelak kedengaran lagi. Mata Pak Chot meleret ke arah suara gadis itu.Dalam hati, beliau ingin sangat menatap wajah ayu Halimaton.
“Dialah satu-satunya anak kami” Ujar Pak Lurah , bagaikan memahami apa yang tersirat disebalik pandangan Pak Chot terhadap anaknya itu.
“Kami sebenarnya sedang tercari-cari calun yang sesuai untuk memperisterikan Halimaton”. Sampuk Mak Lurah pula.
Berderap darah Pak Chot mengendar kata2 Mak Lurah. Ingin saja dia katakan “Saya sanggup..!!!” Tapi ….. ah biarlah Mak Lurah yang cadangkan, bisik hatinya.
Pak Chot diam. Dia terasa Mak Lurah seperti memerhatikannya. Bola mata Pak Chot tergerak ke arah Mak Lurah. Wanita yang sejak dulu dikenalinya itu tersenyum. “Anak tak berkenan kah?”. Tanya Mak Lurah, lembut, sambil melirik pada Pak Lurah, memberikan senyuman yang penuh makna. Itulah kah pertanyaan yang beliau nantikah? Patut kah beliau katakan iya? Beribu persoalan bermain dalam fikiran Pak Chot. Bangaimana kalau orang lain yang kebas? Aduh..Pak Chot kebingungan.
“Kalau tak berkenan, tidak apa, anak muda. Nanti kami carikan calon yang lain”. Mak Lurah bersuara lagi.
“jangan..!jangan..! Saya ada!” Kata-kata itu terkeluar dari mulut Pak Chot.
“Hah? Anak ada calun untuk anak kami??” Mak Lurah tercengang sambil terbeliak mata memandang Pak Chot. Pak Lurah yang tadi tenang mendengar sambil mengunyah sireh, tersedak, lalu tersembur cecair merah dari mulutnya. “Ya Allah..!! Kenapa Abang ni?” Mak Chot melompat, mengelak dari percikan.
“ahak..! ahak..! ahak..!” Bunyi batuk Pak Lurah berlarutan.Halimaton berlari keluar mendegar keriuhan di sana. Intan masih dipelukannya.
Pak Chot yang tidak sempat mengelak hanya mampu menutup matanya. Cecair Sireh Pak Lurah tersebur tepat ke mukanya. Wajahnya bagaikan dicat merah.  Perlahan-lahan dia membuka mata. Sebaik sahaja melihat keadaan Pak Chot dengan mata putihnya yang terbeliak, ketiga-tiga anak beranak itu tidak dapat menahan ketawa. Keadaan rumah usang itu hingar bingar dengan gelak ketawa mereka. Pak Chot turut ketawa. Begitu juga Intan.
“Limah, ambilkan kain dan segayung air, nak” Dengan lembut Mak Lurah mengarah sambil menahan ketawa.
“Maaf nak” Itu saja yang mampu dikatakan Pak Lurah sambil terbatuk-batuk kecil.
Halimaton meletakkan Intan di samping Mak Lurah. Dia kemudian berlari masuk dan muncul semula bersama kain dan gayung ditangannya Dia kini duduk di hadapannya. Pak Chot memerhatikan tangan yang lembut itu mencelupkan kain kedalam air dan memulasnya. Jejari2 manis itu mula mengusap wajah Pak Chot dengan kain basah tadi. Perasaan Pak Chot bagaikan disambar halilintar pada ketika itu. Beliau tergamam tanpa kata. Sekian lama dia tidak pernah merasakan usapan lembut seorang wanita. Hari itu beliau dapat merasakannya.
~~~~~~~~~~~~~~~~ **~~~~~~~~~~~~~~
Nantikan kisah seterusnya di Episod ke-17…..tunggu…..

Episod 17:
http://philantropist-wannabe.blogspot.com/2011/12/cerita-purba-ku-episod-18.html

5 comments:

Anonymous said...

tunggu tunggu tunggu ... mengantuklah tu ayoyo drama bersiri pun takyah tunggu lama macam nie! littlesisD

Faida said...

lol..! This peminat so demanding o..
Pak Chot tengah meditation di kaki gunung Kinabalu. Lagi cari idea. sabar..

Faida said...

'meditating'

Anonymous said...

SisD..ini cerita purba-kala, so sure sambungan pun takes time. I rasa macam dah 3 kurun kot cerita ni.2T

Faida said...

hello sista... tu baca atas tu. sudah bersambung pun. Waait for more dramatic episode.