Thursday, December 15, 2011

Cerita Purba ku –Episod 17

Hari itu adalah hari yang paling bahagia bagi Pak Chot. Tangan longlai Halimaton menyapu wajahnya dengan kain basah tadi masih dirasai kehangatannya. Degupan jantung Pak Chot semakin kencang. Terasa hendak berterus terang pada Pak Lurah dan Mak Lurah, tapi beliau terlalu segan untuk mengatakannya.
Kini mereka semua berada di depannya. Halimaton juga berada di depannya. “Intan makan ya?” Suara lembutnya kedengaran merdu sekali di telinga Pak Chot. Halimaton tengah menyuapkan nasi ke mulut Intan. Anak kecil itu kelihatan riang bersama gadis manis itu.
“Bawa Intan ke dalam, nak.” Arah Mak Lurah. Halimaton menggendong Intan masuk. Dia sempat melirikkan matanya pada Pak Chot. Degupan jantung Pak Chot semakin deras. Keringat dingin mengalir ke dahi.
“Tadi anak kata ada calun yang sesuai untuk Halimaton? Siapa dia,anak muda?” Soalan mak Lurah itu sungguh tajam menusuk kalbunya. '”ah..kali ini aku tidak mau lepaskan peluang” bisik hatinya. Dia kuatkan semangat.
“Ha’ah, siapa dia?” Pak Lurah pula bersuara.
“Sebenarnya…err…maksud hamba…nanti hamba tolong carikan” Tiba-tiba Pak Chot hilang semangat dan tidak berani untuk berterus terang.
“Hah. bagus lah kalau begitu. Terima kasih lah, anak muda. Minta-minta biarlah orang itu seorang yang bijaksana dan boleh menjaga anak kami dengan sempurna” Kata Pak Lurah lagi.
Perbualan seterusnya dipenuhi dengan hal-hal mengenai keadaan kampung. Kedua suami isteri itu begitu senang dengan kehadiran Pak Chot. Panggilan ‘anak muda’ membuat Pak Chot terasa semakin muda. Dia memerhatikan jari jemarinya yang tidak lagi kelihatan berkedut seperti dahulu. Badannya juga semakin tegap. Padan kah aku memperisterikan Halimaton? Sanggup kah dia hidup denganku? Tapi limah bagaimana? Pak Chot teringat akan Limah. Tiba2 beliau resah.
“Hamba minta diri, Pak Lurah, Mak Lurah” Pak Chot bangun dari duduknya.
“Eh, kenapa tergesa-gesa ni?. Mak Lurah agak terkejut. Pak Chot juga terkejut.
“Hari sudah semakin senja, biarlah hamba minta diri dulu. Terima kasih” Pak Chot memberi alasan.
“Baiklah nak. Jaga diri baik-baik”. Mak Lurah dan Pak Lurah turut berdiri mempersilakan Pak Chot ke tangga. Terdengar Pak Chot meminta diri, Halimaton dan Intan muncul ke pintu. Dia menghulurkan Intan pada Pak Chot. “Nanti Intan datang lagi ya” Sungguh lunak suara itu kedengaran. Tangannya menggapai Intan dari gendongan Halimaton. Keduanya mengukir senyuman yang penuh makna. Pak Chot tertunduk. Kali ini dia tidak sanggup bertentang mata dengan gadis itu. Entah mengapa, beliau terasa bersalah pula pada Limah.
Selangkah demi selangkah Pak Chot menuruni anak tangga. Berat hati Pak Chot untuk meninggalkan anak beranak itu.Tapi fikirannya masih teringatkan Limah. Sekali lagi beliau menoleh kebelakang dan mengucapkan selamat tinggal, lalu berjalan pulang.
~~~~~~~~~~~~~~~~ **~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kenapa aku terlalu bodoh? Kenapa aku tidak berterus terang? Mengapa tidak ku katakan saja? Pak Chot marah pada dirinya sendiri.Intan yang masih tidak tahu apa2 itu leka melihat alam sekelilingnya. Dia seronok sekali digendong Pak Chot begitu. Pak Chot teruskan perjalanan  tanpa berhenti.  Masa perjalanannya terasa begitu pendek.Tanpa disedari, bumbung rumahnya sudah pun kelihatan.
Hari sudah senja. Anak tangga rumahnya hanya beberapa langkah sahaja lagi. Beliau terhenti seketika. Beliau mengarahkan cuping telinganya kearah rumahnya. Suara isakan kedengaran dari dalam rumahnya. “Limah..?” Pak Chot berlari menuju tangga. Beliau hampir terjatuh apabila tersepak anak tangga.”Limah..!!” Dia terpekik nama itu lagi. Hanya Limah sahaja yang ada di hatinya ketika itu. Mungkin kah Limah datang lagi? itulah yang diharapkannya. Pak Chot terus berlari masuk ke dalam.
Nantikan sambungannya di Episod ke-18…tunggu……

Episod 18:


http://philantropist-wannabe.blogspot.com/2012/01/cerita-purba-ku-episod-18.html

No comments: