Tidak ada apa yang terlihat melalui celah lantai dalam kepekatan malam begitu. Pak Chot kembali ke pembaringannya. Beliau akhirnya terlena.
Rengekan Intan mengejutkan Pak Chot dari tidur. Pak Chot terus memandang ke sudut sana. Beliau memang tahu susu Intan memang sudah tersedia seperti biasa. Dia kesal tidak dapat menemui orang yang menghantar susu untuk Intan pagi itu.
'"Ah..biarlah, yang penting Intan masih bersama ku”, bisik hatinya. Selepas memberikan Intan susu, Pak Chot bersiap untuk ke sungai lagi. Hari ini dia bercadang untuk berendam bersama Intan sambil memeriksa hasil bubunya.
Dalam perjalanan meredah laluan kecil ke hutan yang seakan-akan sudah jadi miliknya itu, Pak Chot terlihat 2 orang yang sedang mencari kayu api. Pernah sesekali mereka terserempak, tetapi mereka yang sudah mengangap Pak Chot sebagai orang tua bisu yang pelik itu seperti biasa tidak menghiraukannya. Mereka meneruskan kerja2 memungut kayu api. Pak Chot perasan salah seorang melirik mata padanya. Dia mungkin tertanya2 apakah yang ada di kantong yang tersangkut di dada Pak Chot itu. Intan sedang tidur lena terbuai oleh degupan jangtun Pak Chot.
“Oi..!!!” Pak Chot cuba untuk memanggil orang itu. Beliau bercadang untuk bertanya apakah mereka pernah nampak seorang wanita. Kedua2 orang itu bertempiaran lari. Parang di tangan mereka terlepas. Kayu api yang terkumpul ditinggalkan begitu saja. Pak Chot tegak tercegat melihat keduanya lari bertempiaran berlainan arah. Beliau mengeleng2kan kepala.
Pak Chot yang selama ini tidak pernah menghiraukan alam sekeliling dan tidak pernah bersuara, hari ini mengeluarkan suara. Mungkin mereka menyangkakan Pak Chot telah dirasuk hantu.
Pak Chot meneruskan perjalanan ke sungai. Intan sudah terjaga sejak terdengar jeritan Pak Chot tadi. Setiba di sungai diperiksanya bubu. Hasilnya tidak banyak tapi cukup untuk menambah simpanan ikan salainya. Dia membawa Intan ke tempat yang agak dalam. Intan kelihatan seronok berendam air begitu. Cahaya kegembiraan terpancar di matanya. Pak Chot tersenyum lebar menampakkan gigi nya yang telah lama tidak pernah kelihatan itu. Kebahagiaan Pak Chot selama adanya Intan bersama beliau begitu ketara, seakan2 memberi semangat baru untuk dia meneruskan kehidupan.
Beliau sudah pandai bergelak ketawa sambil melambungkan Intan ke air. Intan juga sudah pandai bersuara kecil, gembira. Mereka berdua kelihatan begitu serasi.
Sedang leka bermain, pandangan Pak Chot tiba2 tertuju ke arah rimbunan pokok yang bergoyang2. “Siapa tu..??” teriaknya. Goyangan pokok itu terhenti. Kelihatan bebayang susuk manusia diantara dedaunan untuk seketika itu, lesap. Goyangan pokok2 itu pun terhenti. Pak Chot memeluk erat Intan.
Siapa agaknya? Pak Chot tertanya2.
---------------Nantikan sambungannya di Episod ke-7---------
Episod 7:
http://philantropist-wannabe.blogspot.com/2011/07/cerita-purba-ku-episod-ke-7.html
No comments:
Post a Comment