Thursday, July 28, 2011

Cerita Purba ku – Episod 9


Genap 4 purnama Intan hidup bersama Pak Chot. Genap 4 purnama juga Pak Chot tidak perlu masak untuk dirinya. Setiap malam jiwanya bagaikan tersentuh oleh sesuatu yang beliau sendiri tidak dapat pastikan. Setiap hari dia terbangun dengan ada rasa kelainan. Terasa keriangan di benaknya. Terserlah kebahagiaan di wajahnya.
Pagi itu Intan masih nyenyak. Pak Chot keluar awal utuk mencari kayu api. Kali ini beliau sudah yakin boleh meninggalkan Intan di rumah. Beliau tahu Intan akan ditemani oleh seseorang, walaupun dia tidak pernah menampakkan dirinya. Bisikan2 yang sentiasa hadir setiap malam membelai tidurnya dan Intan sudah cukup meyakinkan, betapa sayangnya wanita itu pada Intan. Dia pasti Intan tidak akan diapa2kan.
Dalam perjalanan pulang, kelihatan asap kecil dari dapur rumahnya. Keharuman masakan yang diharapkannya terbau dari jauh. Pak Chot tersenyum.
"Memang betul sangkaanku” bisiknya. Pak Chot perlahankan langkah. Beliau tidak mahu si dia pergi. Si dia kini semakin dekat di hati Pak Chot. Terasa satu kerinduan di jiwa Pak Chot. Rindu untuk melihat yang empunya bisikan membelai itu.
Pak Chot dengan langkah berhati2 masuk ke kolong rumahnya. Penatnya hilang mendengarkan suara intan yang tegelak2 kecil berserta suara bisikan yang sentiasa nantikannya setiap malam itu. Beliau berbaring menutup mata, menikmati suara2 yang memberikan kebahagian dalam jiwanya itu. Pak Chot terbayangkan seorang wanita cantik, dan anak kecil, Intan, tengah bergurau mesra. Rindunya semakin mendalam.
Pak Chot nekad. Beliau bangun mahu menaiki rumah. Dia ingin mendekati mereka. Susuk tubuh seorang wanita kelihatan. Intan berada di pangkuannya. Bisikannya semakin dekat kedengaran. Dengan posisi membelakang begitu, si dia persis seperti Limah pada waktu itu. Langkah Pak Chot semakin laju, tiba–tiba ……
‘NGEEKKK..!!’. Pak Chot terhenti. Dia terpijak lantai usang. Beliau pengalihkan pandangan ke kakinya seketika dan memandang semula ke arah Intan dan wanita itu,tapi si dia berserta Intan tidak kelihatan lagi.
“Hah..!!?? Intan..!! mana Intan..?? INTAN..!!!” Dengan pantasnya Pak Chot melompat bangun dan berlari ke atas rumahnya. Intan yang tadinya lena, terjaga lalu menggerak-gerakkan kaki dan tangannya meminta digendong. Pak Chot memeluk intan seerat2nya sebelum meletakkannya semula. Intan kelihatan ceria adanya Pak Chot di sisinya.
~~~~~~~~~~*****~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pak Chot berjalan ke dapur untuk membasuh muka. Dia tidak menghiraukan tudung saji yang dilihatnya, walaupun hati kecil nya tidak sabar untuk mengetahui apakah hidangan istemewa untuknya hari ini. Kejutan tadi menggangu fikirannya.
Melihat ke permukaan air yang memenuhi tempayan itu Pak Chot melihat bayangannya. “Buruk sekali mimpiku tadi” Berkata pada diri sendiri.Degupan jantungnya masih terasa. Bagaimanapun Pak Chot bersyukur Intan masih ada bersama.
Dia mencapai gayung tempurung. Sebelum mencelupkan gayung ke tempayan, sekali lagi Pak Chot terpanggil untuk melihat cermin dirinya tadi. Wajah itu jauh lebih muda dan lebih sehat dari bebayang wajah yang pernah dilihatnya sebelum ini. Kerut2 wajahnya semakin pudar berbanding 4 purnama yang lalu. Pak Chot mencubit lengannya. “Aduh” Beliau kesakitan. Dia tidak bermimpi. Disapunya wajahnya. Bahunya juga kelihatan lebih tegap dari 4 purnama yang lalu. Pak Chot mengamati jari jemarinya, rambutnya, kakinya.
“Pelik..” Pak Chot mengerutkan dahi keheranan.

Episod 10:


http://philantropist-wannabe.blogspot.com/2011/07/cerita-purba-ku-episod-10.html

2 comments:

Anonymous said...

Will pak chot look like Sean Connery???? littlesisD

Faida said...

littlesisD, wait..am still thinking..emmm..Rambo, Connery, brad pitt,Charles,
Jacob,zulkifli...mmmm...uh! cannot decide lah.