Pak Chot semakin dekat. Dia cuba sedaya upaya untuk memahami bisikan yang didengarnya dari sebalik dinding itu. Apabila Pak Chot mendakapkan cuping telinganya ke dinding, bisikan itu terhenti. Pak Chot terus melompat ke ruang dimana Intan berada. Anak kecil itu telah nyenyak dan tiada sesiapa di situ. Meremang bulu roma Pak Chot. Beliau terus mendakap Intan. Beliau bersyukur Intan selamat. Diciumnya bertubi-tubi. Beliau sudah terlalu sayang pada anak itu. Beliau tidak sanggup merasakan kehilangan lagi. Di tenungnya si kecil sepuas-puasnya.
Intan kelihatan nyenyak sekali. Bibirnya yang mungil bak kuntum mawar yang baru merekah, kulitnya halus mulus dan putih gebu bagaikan bidadari dari kayangan. Pipinya kemerah-merahan. “Begitu indah sekali ciptaan Tuhan “. Bisik hatinya.
Pak Chot baring dekat Intan. Dia termenung dengan fikiran yang penuh tanda tanya. Apakah beliau meracau? Suara siapakah itu? Apakah dia sudah tidak siuman? Siapakah yang mendatangi rumahnya untuk menghantar susu untuk Intan?
“kali ni aku tunggu”. Bisiknya dalam hati. Dia mau berjumpa dengan orang itu. Mungkin dia ibu intan.
Pak Chot duduk bersandar ke dinding di tepi Intan. Dia nekad tidak akan tidur. Tapi malam semakin pekat. Beliau terlalu penat hari itu. Mata Pak Chot semakin berat. Pak Chot baringkan lagi badannya tapi cuba sedaya upaya untuk tidak tidur. Dia menutup kelopak matanya untuk menenangkan fikiran. Fikirannya agak terganggu oleh peristiwa tadi.
Dalam menutup mata, Pak Chot teringat kembali kisah malam itu. Dia didatangi oleh bebayang seorang wanita. Dia teringat cincin tersebut yang betul2 menyerupai cincin hadiah perkahwinannya pada Limah. Beliau sendiri yang mengukir nya. “tidak mungkin aku tersilap pandang”, bisik hatinya. Kemudian Pak Chot teringat pulak bisikan pertama yang didengarnya.
“Ya..!!!” Pak Chot sepantasnya terduduk dengan tangan tergenggam. Pak Chot agak pasti bahawa bisikan tadi adalah dari suara yang sama. Sekali lagi meremang bulu roma Pak Chot. Beliau melihat sekeliling. Tiada tanda2 yang aneh. Tudung saji masih tegantung. Intan masih nyenyak. Dia menarik selimutnya. Entah kenapa tubuh Pak Chot terasa sejuk malam itu. Atau kah dia tiba2 ketakutan? Pak Chot sendiri tidak pasti. Yang pasti, beliau tetap akan menunggu.
Kemudian Pak Chot teringat lagi bisikan pertama yang didengarnya dari bawah kolong rumahnya, pada waktu itu. Apakah bisikan tadi juga datangnya dari kolong rumah? Hati Pak Chot terdetik untuk mengintip ke celah lantai. Dengan gerak perlahan Pak Chot melihat kebawah, ke celah lantai yang terdekat dengan Intan.
………………..Ikuti sambungan nya di Episod ke-6…………….
Episod 6:
http://philantropist-wannabe.blogspot.com/2011/07/cerita-purba-ku-episod-6.html
No comments:
Post a Comment