Ya Allah…!! Pak Chot terpegun apabila melihat apa yang ada di depan matanya. Tudung saji tadi masih tidak dilepaskan dari tangannya.
Pak Chot terus merenung. Mata kecil itu dan senyuman itu terlalu indah bagi Pak Chot. Renungan mata kecil itu bagaikan pernah dan biasa dilihatnya sebelum ini. Ketakutan Pak Chot langsung hilang melihat bayi yang comel mungil yang tadinya tertutup di bawah tudung saji. Diambilnya si kecik, di belainya dengan penuh kemesraan dan dikucupnya dengan sepenuh kasih sayang. Sekian lama Pak Chot tidak pernah mengalami kebahagiaan seperti itu. Beliau tidak sangka perasaan itu rupanya masih ada pada beliau.
“Tapi..anak siapakah ini? Siapakah yang tergamak….” Pak Chot melihat ke pintu yang tidak pernah berkunci itu. Beliau meneliti sekeliling ruang rumahnya. Tidak pula kelihatan tanda2 seperti dimasukki orang lain. Setahunya, kampung yang terdekat terletak kira-kira 200 rantai dari rumahnya.
“Tidak mengapa, sayang. Akan ku jaga kau dengan sepenuh hatiku, wahai intan”. Pak Chot terus merenung dan membelai2 bayi kecil itu. Sedang beliau asyik membelai dengan penuh kemesraan, mata Pak Chot tiba-tiba tertumpu pada cawan buloh yang terletak berdekatan dengan bayi tadi. Ianya dipenuhi cecair putih.Susu. Keanehan itu tidak dihiraukannya. Di ambilnya susu tersebut dan perlahan2 menuangkannya ke mulut Intan.Bagaikan bayi yang sedang menikmati susu ibunya, Intan begitu berselera meminum seteguk demi seteguk. Pak Chot menuang dengan penuh berhati2.
Seharian Pak Chot tidak keluar mencari kayu api. Kayu api yang di kumpulnya kelmarin masih cukup untuk bekalan seminggu lagi. Hasil Ubi kayu dan Ubi rambat yang di tanamnya masih banyak. Ikan salai hasil rambatan beliau juga masih banyak.
“Aku tidak perlu keluar hari ini” bisik hatinya. Pak Chot setia menunggu kalau2 ibu bayi itu akan datang semula untuk mengambilnya, walau pun hatinya tidak rela untuk mengembalikan Intan. Seharian Pak Chot merenung Intan. Itu ciptaan Tuhan yang terindah bagi Pak Chot. Pak Chot tersenyum.
Hari semakin lewat. Masih tiada tanda2 kedatangan tetamu. Bekalan susu itu nampaknya cukup untuk seharian. Tidak basi hingga ke malam. Pak Chot bersyukur kerana Intan tidak banyak karenah.
Maghrib menjelang. Masih belum ada yang datang.Akhirnya Intan tertidur. Bekalan Susu juga habis. Pak Chot bimbang bangaimana sekiranya Intan terbangun meminta susu sedangkan ibunya masih belum datang. Dia berbaring di sebelah Intan. Merenung ke atas. Bertahan untuk tidak tidur. Di lubuk hatinya, beliau masih terkenangkan Limah.
~~~~~~~~~~~~~~~~*~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Ya Allah., aku aku bermimpi rupanya”. Pak Chot bingkas duduk. Hari sudah semakin terang.
“Intan???”. Pak Chot terkejut melihat bayi itu masih berada di sisinya. Yang disangkanya mimpi rupanya adalah kenyataan. Beliau menyelak daun tingkap. Tiada siapa di luar.
Tiba-tiba kedengaran rengekan Intan. Pak Chot cemas. Di mana akan beliau dapatkan susu. Pak Chot terpandang ke sudut sana. Kelihatan tuding saji yang kelmarin telah disangkutkannya di dinding, sekarang sudah berada di sudut yang sama.” Aneh” bisik Pak Chot, tapi Kali ini beliau tidak takut2 untuk membukanya. Cawan dari batang buloh yang berisi susu sudah tersedia untuk bekalan Intan untuk hari kedua.
Pada keesokan harinya, keadaan aneh itu berlaku lagi. Begitulah juga terjadi pada hari yang seterusnya. Masih tidak siapa yang datang mengambil Intan. Namun, Intan tetap dijaganya dengan penuh kasih.
Seminggu sudah berlalu. Intan mulai menampakkan ciri2 kemanjaan. Dia sentiasa mahu berada dipelukan Pak Chot. Intan sudah pandai merengek manja apabila Pak Chot meletakkannya.
Sampai masanya untuk ke hutan mencari kayu api. Bekalan ikan salai juga semakin sedikit.
“Tapi..Intan , bagaimana?” bisik hatinya. Panggilan nama itu sudah lekat pada si kecil. Pak Chot sudah terlalu sayang pada Intan.
…………..bersambung ….nantikan Episod ke-4.
http://philantropist-wannabe.blogspot.com/2011/07/cerita-purbaku-episod-4.html
2 comments:
Ayoyo........suspend-nya, finish the storylah sister! littlesisD
cannot do fast-fast la littlesisD, slow and steady. stay tuned for more excitement :-D
Post a Comment