Tuesday, July 26, 2011

Cerita Purba ku – Episod 7


Dalam perjalanan pulang dari sungai, Pak Chot berhenti sebentar memeriksa dekat rimbunan pokok yang bergoyang tadi. Tidak ada sesiapa di situ. Cepat2 Pak Chot jalan membawa Intan pulang. Hasil tangkapan ikannya di gantungnya di tepi tangga.
Sejak adanya Intan, rutin harian Pak Chot sudah berubah. Beliau selalu mendahulukan Intan. Setelah Intan tidur barulah dia menyambung kerjanya menyalai ikan, menggali ubi rambat atau ubi kayu, mencari pucuk2 sayuran yang ditanam sekeliling rumahnya serta mengangkut air dari perigi yang terletak tidak berapa jauh dari tangga rumahnya. Sekali-sekala dia menjenguk Intan untuk memastikan Intan selamat.
Kini Intan sudah boleh meniarap dan sudah pandai bergelak ketawa. Pak Chot juga sudah pandai bergelak ketawa. Setelah bermain2 serta memberikan Intan susu, anak kecil itu tidur lena. Mungkin terlalu penat di sungai tadi. Pak Chot mencium dahi Intan lalu beredar untuk menggali ubi rambat and hendak membakar kayu api untuk menyalai ikan2 hasil tangkapan bubunya itu.
Semasa Pak Chot hendak turun tangga rumahnya yang telah usang itu, dia tercium bau asap dari belakang rumah. Matanya tertumpu pada tempat dimana beliau menyangkutkan ikan2 tadi.
“Kemana ikan2 ku?”. Pak Chot keheranan. Pak Chot melompat turun dan berlari2 anak ke belakang rumahnya ke arah asap tadi. Ikan2nya telah tersalai di atas bara api seperti yang biasa beliau kerjakan. Bekas rotan juga telah di penuhi ubi rambat serta ubi kayu. Pak Chot semakin pelik. Beliau mengelilingi rumah tercari2 kalau2 ada orang lain di situ. Tiada sesiapapun. Dia berlari ke atas menjenguk Intan. Pak Chot lega melihat anak comel itu masih nyenyak. Dia  berhasrat untuk mengintai dari jendela dapur. Masih tiada sesiapapun di luar. Dia kembali ke luar untuk membalikkan ikan2 tersebut.Perkara pelik itu masih menghantui fikirannya. Dia kemudian mengupas ubi kayu untup santapan tengah hari.
Tidak berapa lama kemudian, Pak Chot terdengar suara Intan tergelak2 kecil. “Intan dah bangun” Bisik hatinya. Beliau berdiri untuk balik ke rumah. Suara Intan semakin dekat kedengaran tapi kali ini seolah2 ada suara lain bersama Intan.
”Bisikan itu lagi” Langkah Pak Chot terhenti. Beliau cuba mengamati suara bisikan itu. Itulah bisikan yang sama. Suara kecil Intan kedengaran begitu gembira di selangi suara bisikan2 itu. Tidak seperti malam itu, Pak Chot tidak lagi takut mendengar suara bisikan itu, malah beliau terasa senang terutamanya apabila mendengar suara kebahagiaan Intan. Dia juga terasa kebahagian yang Intan rasakan.
Pak Chot masih terus hendak mendengarkan bisik2 itu. Dia masuk kebawah kolong rumahnya. Perlahan2 beliau berbaring di situ, di mana beliau sering berihat setelah mencari kayu api. Pak Chot terbuai dengan suara Intan di selangi oleh bisikan itu. Beliau terlena.
~~~~~~~~~~~~~~~~~******~~~~~~~~~~~~~~~
“Ya Allah, Intan! “ Pak Chot tiba2 terjaga dari tidur. Entah berapa lama beliau terlena. Suara Intan serta suara bisikan itu tidak kedengaran lagi. Pak Chot bergegas bangun berlari naik ke rumahnya.
.bersambung……………Nantikan episod ke-8………….

Episod 8:


http://philantropist-wannabe.blogspot.com/2011/07/cerita-purba-ku-episod-8.html

No comments: