Sekali lagi Pak Chot menjenguk ke permukaan tempayan. Ya, memang betul apa yang dilihatnya. Pak Chot meraba mukanya. Dia tersenyum sendirian.
Suara Intan kedengaran. Pak Chot cepat2 membasuh muka dan kembali mandapatkan Intan.
“Intan, esok kita pergi jalan-jalan ke pekan, ya” katanya sambil mengangkat Intan dan meletakkannya di sisi sementara beliau duduk bersila mengadap tudung saji.
Intan mencuba memusingkan badannya untuk duduk, tapi jatuh terlentang. Dia mencuba lagi berkali-kali. Pak Chot tergelak melihat karenah Intan, sambil tangannya mencapai Tudung Saji.
“Ketam masak lemak cili padi?” Pak Chot tergamam seketika. Dia tidak pernah lagi makan makanan sedemikian sejak Limah menghilang. Dulu Limah memang ahli dalam mencari ketam bakau. Kawasan paya bakau terletak tidak berapa jauh dari sungai, tapi beliau tidak pernah lagi ke sana.
“Macam masakan Limah” Bisiknya. Hatinya tiba2 sayu.Hanya Limah sahaja yang pandai masak sedemikian. Mungkinkah dia Limah? Tapi kenapa dia tidak mahu bertemu dengannya? Pak Chot tertanya2. Kesedihan dan kecewaan bercampur-baur di hatinya.
“Sedap ni. Intan mau?” Pak Chot berseloroh melihat Intan memandang padanya. Intan tidak mengindahkan dan menyambung percubaannya. Dia mencuba juga untuk duduk.
Selera sungguh Pak Chot menjamu hidangan istemewa itu. Hatinya gembira teringatkan wajahnya yang kelihatan lebih muda. Jiwanya juga kini terasa muda. Seleranya makannya pun bertambah.
Selepas makan, Pak Chot berehat bersama Intan sebentar. Beliau kemudian bercadang membawa Intan berjalan2 ke tebing lembah bakau di mana dia sering mencari ketam bersama Limah. Dalam hati, Pak Chot berharap akan bertemu si dia yang ketika itu sering bermain di kalbunya. Suara bisikannya masih terngiang2 di telinga Pak Chot. Dia tak sabar menantikan malam tiba. “Apakah ini cinta?” Pak Chot lupa bagaimana rasanya dilamun cinta, tapi begitu lah perasaannya semasa mula2 bertemu Limah dulu. Senyuman terkuntum di bibirnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*****~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sambil berjalan, Pak Chot merimbaskan parangnya ke belukar2 kecil. Telah sekian lama Pak Chot tidak lagi menyusur laluan itu, namun beliau masih ingat arah tujunya. Limah telah meletakkan batu2 besar sebagai tanda. Pak Chot meneruskan perjalanannya. Intan kelihatan tenang digendongan. Dia seronok digendong begitu. Sekali sekala Intan bersuara mungkin ingin mengatakan keseronokannya pada Pak Chot.
Sesampai di satu tempat Pak Chot berhenti. Matanya tertumpuh ke satu arah. Di batu itulah dia dan Limah sering berehat sebelum meneruskan perjalanan pulang. Pak Chot mendekati batu tersebut. Di bersihkannya pokok2 menjalar yang telah hampir menyelubungi batu besar itu. Di tebangnya pokok2 renik yang tumbuh berdekatan. Di bentangnya kain pelikat dan diletakkannya Intan meniarap di atas batu itu. Beliau juga turut berbaring di atasnya. Matanya dipejam. Kerinduannya makin terasa. Apakah dia rindukan Limah? ataukah bisikan2 yang membelai itu yang diharapkannya? Pak Chot bingung.
Susuk tubuh wanita yang pernah dilihatnya malam itu tidak seperti Limah, tapi masakan2 yang dijamahnya setiap hari adalah persis seperti yang Limah pernah masakkan untuknya dulu.
Tiba-tiba lamunan Pak Chot terhenti apabila suara ketawa Intan mengejutkannya. Intan bagaikan digeletek. Sambil matanya memandang tepat pada Pak Chot, Intan terus tergelak. Pak Chot bingkas bangun dan memandang sekeliling. Meremang bulu romanya.
….bersambung di episod ke 11………….tunggu……………
Episod 11:
http://philantropist-wannabe.blogspot.com/2011/08/cerita-purba-ku-episod-11.html

No comments:
Post a Comment