Pak Chot teringat kain pelikat isterinya yang masih belum terpakai, terlipat kemas di atas para. Beliau telah menukarkan 20 ekor sembilang yang diperangkapnya menggunakan bubu, dengan kain tersebut sebagai hadiah kepada isterinya yang tersayang itu, walaupun beliau terpaksa berjalan selam 4 jam pergi balik ke pekan Singgamata.
Pak Chot mengambil kain itu. Senyuman Limah semasa menerima hadiah darinya terbayang. Cahaya kegembiraan terpancar dari mata isterinya itu. Tiba-tiba Pak Chot tersentak. Bayangannya terhenti. Pandangan Pak Chot beralih kepada Intan.
Ada sesuatu pada pandangan mata kecil itu yang membuatkan Pak Chot terasa dekat, bahagia dan sayang pada Intan. Siapa kah gerangan anak kecil itu masih menjadi tanda tanya.
“Intan sama pakcik saja ya..” Dia mengucup dahi Intan. Di bungkusnya Intan dengan kain pelikat lalu diikatnya kedua belah hujung kain ketengkoknya. Intan kelihatan selesa dalam dakapan Pak Chot. Pak Chot meneruskan pencarian kayu api. Setiap kali beliau berhenti, Intan diletakkannya di atas rimbunan daun2 kering. Beliau juga membawa Intan ke sungai untuk memungut hasil tangkapan bubunya. Baru beliau sedari yang bubu2 itu telah seminggu ditinggalkan. Pak Chot mendapat bekalan ikan yang banyak.
Dalam keadaan Intan tergantung di dadanya buat pertama kali begitu, langsung tidak menjadi beban pada Pak Chot. Kehadiran Intan malah memberi kebahagian pada hari-harinya.
~~~~~~~~~~~~~~*~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Malam itu Pak Chot terjaga apabila terdengar tangisan Intan buat pertama kali. Beliau panik. Intan tidak pernah begitu. Apakah dia kena sampuk di hutan tadi? Apakah Intan merindui ibunya? Apakah Intan masih lapar?. Tudung saji masih tergantung di dinding. Pak Chot semakin panik. Tangisan Intas semakin kuat. Dia mendukung dan membuai Intan, tapi masih tidak memberikan kesan. Intan diletakkannya kembali ke tempat tidur, beliau lalu bergegas ke dapur mencari bekas buloh. Tidak setitik susu yang tinggal. Tangisan intan masih kuat kedengaran.
Ketika Pak Chot bergegas kembali untuk mendapatkan Intan, tangisan Intan terhenti tiba-tiba. Langkah Pak Chot juga terhenti. Beliau diam. Intan Senyap. Dalam keheningan malam yang sunyi Pak Chot terdengar bisikan itu lagi. Dia cukup kenal dengan bisikan itu. Itulah bisikan yang pernah didengarnya seminggu yang lalu.
Perlahan-lahan Pak Chot meneruskan langkahnya. Bisikan itu terus kedengaran, semakin jelas tapi masih tidak difahami. Intan masih senyap.
Hanya beberapa langkah lagi beliau akan dapat melihat siapakah bersama Intan, di sebalik dinding itu. Selangkah demi selangkah…….
Nantikan eposid ke-5…………..tunggu………….
Episod 5:
http://philantropist-wannabe.blogspot.com/2011/07/cerita-purbaku-episod-5.html
No comments:
Post a Comment